Monday, April 14, 2014

Gemuk Yang Berisiko



Fakta
  • 8.5 juta rakyat Malaysia mengalami masalah gemuk. Seorang daripada tiga orang penduduk negara Malaysia mengalami masalah ini. 
  • 15% daipada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan.
  • Rakyat Malaysia menduduki kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti.
  • Kajian yang dilakukan pada tahun 2002 dan 2003 mendapati, golongan dewasa di negara ini mengambil 51gram gula berbanding 50gram yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Siapakah Yang Boleh Di Anggap Obesiti

Seseorang itu dianggap sebagai obesiti apabila BMI melebihi 31. BMI ialah "body mass index" yang bermaksud indek jisim badan. Ianya dikira berdasarkan berat dan tinggi. 




Penyebab Kepada Obesiti

Obesiti terjadi apabila ukuran berat badan seseorang tinggi. Terlalu banyak faktor yang menjadi penyumbang kepada berat badan berlebihan. Takdir! "Memang takdir aku gemuk". "Aku redha dengan ketentuan Allah". Seandainya inilah sikap orang yang obesiti. Maka berbetulkan, kita wajib berusaha untuk mengurangkan berat badan. Bagaimana caranya? Nanti saya ceritakan di bawah tajuk pencegahan.

Berdasarkan "National Heart Lung and Blood Institute", ada 10 sebab mengapa badan gemuk.
  1. Tenaga yang tidak seimbang dalam badan. Dalam bahasa mudah, makanan yang kita makan ditukarkan kepada tenaga. Disebabkan kita kurang bekerja atau kurang melakukan pergerakan yang menyihatkan, maka tenaga terhasil tersimpan dalam badan. Dalam jangka masa tertentu, tenaga tersebut menjadi lemak tepu yang berbahaya.
  2. Gaya hidup yang kurang aktif. Gaya hidup begini merupakan gaya hidup yang tidak sihat. Mengikut kajian, menonton telivisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan.
  3. Faktor yang ke tiga adalah keturunan. Daripada moyang, nenek, ayah dan diri sendiri. Semua berisi dan gemuk. Walaupun keturunan gemuk. Adakah salah jika kita berusaha untuk kurus? Semestinya Allah akan menguruskan kita apabila kita berikhtiar, berdoa dan bertawakal.
  4. Kesihatan juga memainkan peranan kepada kegemukan. Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome. Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda. 
  5. Ubat - ubatan. Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
  6. Faktor emosi. Ada di antara kita akan makan dengan banyak apabila mengalami tekanan. Selain itu, emosi yang dikuasai nafsu makan. Lihat sahaja semasa berkursus yang ditaja oleh jabatan. Ramai peserta kursus makan dengan berlebihan. Rugi katanya jika makan sikit. Hmmmmm... kita sendiri bagaimana?
  7. Merokok. Mengikut kajian, merokok dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh. Apabila seseorang berhenti merokok, berat badan bertambah. Walaubagaimanapun, janganlah kita mengambil kesempatan untuk merokok. Kerana bahaya merokok lebih teruk, bahaya kepada diri, orang terdekat dan wang ringgit. 
  8. Umur. Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
  9. Mengandung. Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan dalam kalangan wanita. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan. Sebab itu ramai wanita mengandung mempunyai selera makan yang tinggi.
  10. Kurang tidur. Apabila kita tidur lewat, perasaan ingin makan mesti membuak-buak. Kalau tak percaya, malam ni cuba tidur lewat dari kebiasaan. 


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telahmemutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Pencegahan

Kunci utama untuk mengekalkan berat badan yang ideal ialah dengan mengawal makan. Pastikan kita mempunyai disiplin yang tinggi. Ini kerana, makan mudah dipengaruhi oleh nafsu. Tambahan pula jika mendapat makanan percuma. 

Gaya hidup juga memainkan peranan dalam menjaga berat badan. Seandainya kita sibuk dan tiada masa untuk bersenam. Kita perlu melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Seperti pergi ke kedai yang berhampiran dengan rumah dengan berjalan kaki. Bermain dengan anak-anak di rumah. Menolong pasangan melakukan aktiviti seperti menyapu sampah dan melipat kain.

Mengharapkan pertolongan dari Allah. Tiada upaya kita sebagai makhluk untuk menjaga berat badan tanpa izin dari Allah. Kekuatan emosi, kekuatan mental, semuanya datang dari Allah. Oleh itu, mohonlah....berdoalah, Jangan kita serah bulat-bulat kepada takdir. Kerana bukan itu yang Rasulullah didik kita. Apabila terdetik dalam hati kita untuk melakukan sesuatu yang baik. Dalam kes ini, menjaga berat badan. Jika berat lidah untuk kita ucap, ucapkanlah dalam hati. "Ya Allah, sesungguhnya aku tiada upaya untuk melakukan sesuatu, tolonglah aku ya Allah, supaya aku mampu berusaha"..

Berat Badan Ideal Dengan Shaklee

Usaha yang seterusnya ialah dengan mengambil pemakan yang sihat, berkualiti, terjamin dan dipercayai. Sebagai pengguna dan pengedar Shaklee, sudah tentu saya mengesyorkan Shaklee. Set pelangsingan badan terdiri daripada Alfalfa, Lecithin, dan Cinch Shake. 

Seandainya anda kurang berkemampuan, Memadai dengan Alfalfa dan Lecithin sahaja. Tapi ingat, anda mesti mengawal nafsu makan, mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bertawakal kepada Allah.



Harga

  • Alfalfa, botol kecil (330 biji) RM 53.75
  • Lecithin ( 180 biji) RM 52.50
  • Cinch Shake (765 gram setin) RM 173.00
Pembayaran


Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com) mengenai bukti pembayaran. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.


·         CIMB : 030 100 914 265 22

·         MAYBANK : 11 013 506 4063

·         BSN : 03 104 29 000 00 333 65

·         BANK RAKYAT : 032 693 6880

·         KFH : 009 102 005 357

Rujukan
  1. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130908/dn_06/85-juta-rakyat-Malaysia-gemuk 
  2. http://www.hmetro.com.my/articles/16_8jrakyatobesiti/Article
  3. http://www.bharian.com.my/articles/Malaysiatertinggimasalahobesiti/Article/
  4. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/11/17/obesiti-kini-masalah-besar-di-malaysia/
  5. http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/obe/causes.html
  6. http://online.mdpekan.gov.my/online/esumber/kesihatan/bmi.pdf
  7. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

No comments: