ADAKAH BADAN KITA MENGGAMBARKAN KITA PENGHIDAP HATI BERLEMAK?
Gambar dari Utusan Malaysia
FAKTA
MENGIKUT laporan
Yayasan Hati Malaysia (MLF) tahun lalu (2011), dianggarkan 2.5 juta penduduk di
negara ini menderita penyakit hepatitis kronik dan jumlah itu tidak termasuk
penyakit hati serius seperti jaundis serta sirosis hati (parut pada hati)
akibat pengambilan alkohol.
Kajian-kajian
terdahulu mendapati bahawa hati berlemak di kesan dalam 20 % populasi penduduk
di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar hati
berlemak di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Linkungan umur pesakit
hati berlemak adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum
lelaki.
PENGENALAN
Hati berlemak atau "fatty
liver" adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati.
Hati berlemak merupakan satu spektrum penyakit hati:
- Pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
- Dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
- Juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
- Akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.
Sirosis boleh ditakrifkan sebagai
proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati yang berpunca dari pelbagai
sebab. Antaranya fatty liver dan seterusnya boleh memyebabkan:
- Pengurangan fungsi hati dan
- Kanser hati atau hepatoma.
Pesakit yang mempunyai fatty
liver telah dikenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik)
hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, Pesakit
tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah seperti:
- obesiti,
- diabetes mellitus,
- darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride)
- atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`.
Walaubagaimana pun, fatty
liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan,
pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga
berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.
CIRI-CIRI PENGHIDAP PENYAKIT HATI
BERLEMAK
Kebanyakan pesakit yang mengidap hati
berlemak tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun, berikut adalah tanda-tanda
yang boleh diambil berat untuk tindakan awal sebagai langkah pencegahan:
- Letih
- Kurang selesa pada bahagian abdomen – di rusuk kanan
- Pembesaran hati (hepatomegaly)
- Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.
Pada kebiasaannya pesakit yang
mempunyai risiko untuk mengidap hati berlemak seperti obesiti, diabetes akan dikesan mempunyai keganjilan pada ujian
darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi. Seterusnya ujian skan
abdomen akan mengesahkan kewujudan hati berlemak. Namun pada sesetengah
pesakit, biopsi hati mungkin di jalankan untuk memastikan kewujudan penyakit
ini dan tahap penyakit tersebut.
Semak sendiri hati kita sihat atau tidak:
RISIKO LAIN
Pesakit yang mengidap hati
berlemak pada jangka panjang boleh mendapat sirosis seperti pesakit
sakit hati kronik yang lain. Pesakit yang mengidap sirosis boleh mendapat gejala
ascites (pengumpulan cecair di bahagian abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan
salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan
oleh kegagalan fungsi hati). Pesakit yang sudah mengidap sirosis juga berisiko
tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma.
Pesakit yang mengidap
penyakit-penyakit yang mempunyai risiko untuk hati berlemak seperti diabetes,
darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan
dengan doktor masing-masing kerana hati berlemak adalah penyakit yang
tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal. Pencegahan awal
akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami
komplikasi yang disenaraikan di atas.
RAWATAN
Pesakit yang mengidap hati berlemak boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang. Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti:
- kawalan diabetes yang baik,
- pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol,
- penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan
- pengurangan berat badan pada mereka yang obesiti.
PESANAN
Berhati-hati jika berat badan
turun secara mendadak, kerana ianya boleh mewujudkan masalah hati berlemak.
Pastikan penurunan berat badan dilakukan secara berperingkat-peringkat untuk
mengelakkan daripada turunnya berat badan secara mendadak.
PENCEGAHAN MASALAH HATI DENGAN SHAKLEE
HARGA:
- Vivix RM 475.00
- Nutriferon RM 181.25
- DTX Complex RM 155.00
- Vitamin C SR RM 92.50
- Alfalfa Complex RM 53.75
Pembayaran
Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com) mengenai bukti pembayaran. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.
· CIMB : 030 100 914 265 22
· MAYBANK : 11 013 506 4063
· BSN : 03 104 29 000 00 333 65
· BANK RAKYAT : 032 693 6880
· KFH : 009 102 005 357
Rujukan:
- http://www.tipspengetahuan.com/10-tips-menjaga-kesehatan-hati-kesehatan-164.html
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2009&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm
- http://www.hmetro.com.my/articles/Toksikpuncapenyakithati/Article/
- http://htapah.moh.gov.my/v2/index.php/panduan-kesihatan/49-cegah-masalah-hati
- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pembunuhsenyap/Article
- http://www.myhealth.gov.my/index.php/hati-berlemak
- http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120715/kn_03/Pembunuh-senyap
2 comments:
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Ubat sakit hati
Sama2 .jaga makan, jaga emosi.
Post a Comment