Wednesday, October 15, 2014

Suburkan Rambut Dengan Shaklee

Masalah rambut adalah masalah yang boleh mempengaruhi keyakinan diri. Ini kerana rambut berada di kawasan yang paling atas dalam badan manusia. Ada sesetengah dari kita mengalami masalah rambut gugur, gatal kepala, kelemumur, bau rambut yang tidak menyenangkan, beruban dan sebagainya.
Jangan tunggu sampai licin...

Sudah ramai yang habis beribu-ribu ringgit untuk mengatasi masalah rambut. Ada yang sanggup mengambil pakej rawatan rambut sehingga 4-5 kali sesi yang menelan belanja beribu-ribu ringgit. Tetapi, bagaimana dengan hasilnya? Kepada yang berjaya dan mendapat keputusan yang baik, syukur alhamdulillah. Manakala bagi yang belum berjaya, teruskan berikhtiar dan berdoa kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiaannya melainkan mati.

Miliki rambut sihat dengan menggunakan produk Shaklee (gambar sekadar hiasan)


Suburkan rambut anda dengan Shaklee.

Rambut yang sihat bermula daripada akar rambut yang subur. Bagaimana kita ingin menyuburkan rambut? Ianya melalui pemakanan yang betul, sumber vitamin, mineral dan herba yang optimum dapat membantu kita mendapatkan "baja" terbaik untuk menyuburkan rambut.

Dengan Shaklee, semua keperluan untuk menjaga rambut sudah tersedia dan sudah diuji dengan jayanya secara klinikal. Produk kesihatan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante Hair Care. Setiap produk mengandungi Scalp Health Complex iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut sihat, lebat dan menawan.

ProSante dijamin ramuannya yang terpilih dan menggunakan teknologi tertinggi. Ianya memberi jaminan dan keyakinan kepada setiap pengguna. Shaklee menjamin ProSante Hair Care tiada bahan-bahan berbahaya berikut:

  • Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat (SLES)
  • Cocamide DEA atau Lauramide DEA
  • Tiada minyak yang menyebabkan tersumbat
  • Propilen Glikol
  • Quaternium 15
  • Penderma Formaldehyde seperti Imidazolidinyl Urea atau Diazolidinyl Urea
  • Bahan pewarna
Satu set Prosente tidak termasuk Long Lasting Spray ialah RM 356.25

Bukti penggunaan ProSante yang berjaya selepas 3 bulan.

Rambut rosak yang berjaya dibaiki dengan menggunakan ProSante Shaklee

Beli satu set, atau pilih produk yang hanya ingin dibeli. Klik gambar di atas.


SEBARANG PERTANYAAN, 
013 942 9119
atau 
maalkdk@gmail.com

Monday, September 1, 2014

Promosi Terduduk September 2014

PROMOSI BULAN SEPTEMBER 2014

Dua supleman yang terbaik, bulan yang istimewa laaaaaagi hebat. 


Bulan September yang sangat indah untuk dinikmati. Ianya lebih indah jika kesihatan dan kecergasan kita berada pada tahap terbaik. Kesihatan dan kecergasan merupakan nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakkan manusia. Selepas ditimpa musibah seperti serangan jantung, selesema dan seumpamanya barulah mereka sedari betapa nikmat sihat dan cergas.

Collagen Powder dan Meal Shakes......


Terlalu banyak jalan yang Allah sediakan untuk manusia dalam mencari nikmat kesihatan dan kecergasan. Apa yang saya ingin kongsikan ialah salah satu jalannya. Ianya dengan mengamalkan supleman terbaik abad ini. Shaklee.


untuk terus beli, klik pautan di bawah....

Sebarang pertanyaan

013 942 9119

maalkdk@gmail.com

Harga untuk setin Meal shake RM113.75

Harga untuk sekotak Collagen Powder RM298.00

Harga issstimewa (untuk pengedar)....dail nombor di atas

untuk 3 tin meal shake (boleh beli 1 tin)


untuk 6 kotak kolagen (boleh beli 1 kotak)


Tuesday, August 19, 2014

Kekalkan Kekuatan Tulang Hingga Akhir Hayat

Mencari, mentelaah, menerokai dan memilih yang terbaik dalam sesuatu perkara memberi kita kepuasan tanpa rasa penyesalan. Khasnya memilih pemakanan untuk kesihatan tulang. Cuba kita ingat kembali iklan-iklan dalam telivisyen atau akhbar, tulang akan kuat dengan pengambilan kalsium yang mencukupi. Cukupkah kalsium yang kita ambil dalam seharian?



Berdasarkan jadual Pe­ngambilan Nutrisi Malaysia (RNI), wanita dan lelaki berusia 19 hingga 50 tahun digalakkan mengambil kalsium sebanyak 800 miligram (mg) sehari.

Wanita berusia 51 hingga 65 tahun pula digalakkan mengambil 1,000 mg kalsium sehari, manakala lelaki dalam kategori umur sama digalakkan mengambil 800 mg sehari. Wanita dan lelaki berusia lebih 65 tahun pula memerlukan 1,000 mg kalsium sehari.

Sumber kalsium diperoleh daripada produk tenusu, ikan de­ngan tulang yang boleh dimakan seperti bilis dan sardin, sayuran berdaun hijau, produk berasaskan soya serta kekacang dan bijirin.

Sumber kalsium yang tinggi juga terdapat dalam Ostematrix Shaklee. Iaitu 250mg per tablet. Cadangan hidangan ialah 4 tablet sehari yang bersamaan dengan 1000mg kalsium!

 Semak kebaikan Ostematrix Shaklee:

  1. Menguatkan tulang, kalsium dapat melambatkan osteoporosis, menguatkan kuku, gigi dan dapat membantu mempercepat proses memulihkan tulang yang retak.
  2. Memperbaiki kekejangan dan kebas
  3. Pengambilan yang berterusan dapat memelihara saraf, menggalakkan tidur yang selesa.
  4. Membantu memperbaiki masalah ketika haid.
  5. Berkesan dalam menyeimbangkan pH dalam badan.
  6. Vitamin D dalam Ostematrix membantu menyerap kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang.
  7. Magnesium 100mg. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan tulang rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot.
  8. Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum - Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.



HARGA SEBOTOL IALAH RM 61.00

Tempahan:

013 942 9119
maalkdk@gmail.com

Sunday, August 10, 2014

Meningkatkan Imunisasi Dengan Kaedah Terbaik

Badan manusia dicipta dengan penuh keajaiban. Dari hujung rambut sehingga hujung kuku kaki tersimpan pelbagai keajaiban. Semua ini dicipta oleh Allah swt untuk manusia menilai dan mengkagumi ciptaan Allah taala. Kesannya, manusia akan menjadi orang yang beriman dan bertakwa seperti mana mengikut fitrah manusia.

Begitu juga sistem imunisasi (sistem pertahanan) dalam badan manusia yang dicipta dengan teliti dan ajaib. Ianya di ibaratkan seperti sistem pertahanan negara besar yang lengkap dengan sistem pertahanan darat, udara dan laut. Namun, sistem pertahanan badan lebih kompleks dan teliti. ALLAH HUAKBAR.

Walaupun setiap manusia mempunyai sistem imun yang tersendiri. Ada juga yang manusia yang mempunyai sistem imun lemah dan tidak dapat melawan virus atau anasir-anasir luar yang mendatangkan mudarat kepada badan manusia.

Kenapa ada orang yang kuat sistem imunnya, dan ada orang yang sangat lemah sistem imun. Malah ada juga orang mempunyai sistem imun yang melawan dan menyerang sel-sel serta organ manusia. Kenapa semua ini terjadi?

INI SEMUA ADALAH UJIAN DARI ALLAH AZZAWAJALLA.

Maksud surah al-Ankabut ayat 2-3:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Di antara ujian semasa hidup.
Seberat manapun ujian yang kita tempuhi, janganlah kita menyekutukan Allah. Apa yang perlu kita buat ialah dengan berikhtiar dan bertawakal kepada Nya. Begitu juga jika kita diuji dengan penyakit yang kronik atau demam biasa. Dalam hal ini, janganlah kita tidak melakukan apa-apa kerana "bertawakal" kepada Allah.
Rasulullah SAW didatangi orang Badawi dan berkata, "Bolehkah saya melepaskan unta saya, lalu saya bertawakal kepada Allah, wahai Rasulullah? Nabi menjawab: Tambatlah unta itu, lalu engkau bertawakal kepada Allah"
Dengan setiap usaha yang kita buat akan Allah nilai untuk dibalas dengan penuh keadilan. Maksud surah al-Ankabut ayat 7:
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.
Berusahalah kita untuk mendapat kesihatan dan kesenangan hidup. Bagaimana kita boleh meningkatkan sistem pertahanan badan kita supaya kita kekal sihat dan mendapat perlindungan dari penyakit-penyakit berbahaya?
Sihat juga merupakan ujian dari Allah swt.

Untuk sihat, amalkan cara hidup Rasulullah saw dan para sahabat. Antaranya dengan berpuasa sunat dua kali seminggu (Isnin dan Khamis), makan kurma, habbatus sauda, madu, minum susu kambing segar, minum air masak, kurangkan atau tinggalkan makanan segera yang senang diperolehi pada zaman kini.

Selain itu dengan mengambil makanan tambahan yang dijamin bersih dan semulajadi juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan kita.

Shaklee mengkhususkan produknya, Nutriferon untuk meningkatkan sistem pertahanan badan manusia. 

Apakah bahan utama Nutriferon:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenal pasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih; 
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
Kenapa Nutriferon Shaklee:
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satusatunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
Nutriferon hanya dari Shaklee
  1. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.
HARGA NUTRIFERON SHAKLEE IALAH RM 181.25
mengandungi 30 sacet.

Pertanyaan dan maklum balas:
Mohd Affan
013 942 9119

Thursday, August 7, 2014

1001 Kebaikan Vitamin E Shaklee



Kebaikan Vitamin E Shaklee memberi kesihatan dan pelbagai kelebihan kepada kita yang mengamalkannya:

  1. Ianya diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum.
  2. Diekstrak d-alpha tocopheryl (ianya aktif secara fisiologi)
  3. Digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama dan delta)
  4. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E.
  5. Memelihara membran sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot.
  6. Penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
  7. Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid.
  8. Meningkatkan kolesterol baik (HDL) yang dapat mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat kedinding arteri
  9. Kajian yang dilakukan pada 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif kaum adam.
  10. Kaun adam yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan jumlah sperma.
  11. Melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut dan jerawat.
  12. Mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha.
  13. Pengambilan lebih dari 1200IU sehari dapat membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang dan melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

HARUS KITA SEDAR BAHAWA SEMUA INI ADALAH KETENTUAN ALLAH AZZAWAJALLA. JANGAN SAMPAI KITA TAKSUB DAN KAGUM DENGAN VITAMIN E. TETAPI KITA PERLU KAGUM DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MEMBERI KELEBIHAN KEPADA VITAMIN E.

HARGA SEBOTOL RM 149.00


Alhamdulillah

Wednesday, July 16, 2014

Minyak Borage Membantu Wanita

Setiap dari kita tidak dapat lari dari diuji dengan kesakitan dan masalah kesihatan. Ianya bertujuan menguji kesabaran, ketabahan, mencari jalan penyelesaian dan berdoa untuk mendapatkan kehidupan yang sihat dan berkualiti.

Selain dari kita sebagai pemimpin dalam dunia ini, Allah swt juga mencipta makhluk-makhluk lain untuk kita guna dan memanfaatkannya dalam kehidupan. Salah satunya ialah minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA),


Para saintis Shaklee mencipta kombinasi minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kombinasi tersebut menghasilkan GLA Complex yang sangat bermanfaat untuk manusia.


GLA Complex boleh diibaratkan sebagai pemakanan yang terbaik bagi kita, khasnya kaum hawa. Terutama mereka yang menghadapi kesulitan semasa kitaran haid. Banyak lagi manfaat lain yang akan diperolehi oleh pengamal GLA Complex ini.

Biar gambar berbicara.....






Buat pengguna Shaklee, Pihak Shaklee sentiasa menjaga kualiti produk. Ianya terbukti melalui jaminan tiadanya bahan-bahan berbahaya seperti

  • parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), 
  • natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. 
  • Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. 
  • Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. 
  • Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik.

tempah GLA Shaklee sekarang, ianya berharga RM 91.25

 Beli melalui Shaklee2u