Monday, April 28, 2014

Masakan Cinta Untuk Suami



Masakan Cinta Untuk Suami

Setiap orang melihat makanan dalam pelbagai pandangan. Ada yang melihatnya sebagai makanan untuk mengenyangkan perut, ada juga melihatnya sebagai alat untuk menunjukkan kemewahan. Bagi saya, makanan dan penyediaannya merupakan satu seni yang sangat halus. Jika kasar dan tiada kesungguhan dalam menyediakannya, maka buruklah hasilnya. 

Kunci utama untuk menjadikan masakan yang dihasilkan terbaik dan berkualiti, ialah dengan dimulai dengan hati yang ikhlas. Ikhlas ini datang menerusi latihan rohani. Iaitu dengan berselawat, bertasbih, berzikir, dalam kehidupan kita seharian.


Mulailah memasak itu dengan lafaz bismillah. Bismillah adalah doa mudah yang ampuh, berkesan dan membawa keberkatan. 

Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud: ” Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. ” 

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
 “Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat  dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, kekal cergas, bertenaga dan perkasa merupakan satu tuntutan yang amat penting. Hidangan sempurna yang dimasak oleh seorang isteri dapat memenuhi tuntutan tersebut. Masakan yang bagaimanakah yang perlu disediakan untuk suami tercinta supaya keperluan nutrisi, keperluan tenaga, keperluan kesihatan dapat dilengkapkan dalam satu hidangan.

Fakta:
  • Minum air yang banyak dapat meningkatkan kuantiti air mani lelaki. Anda perlu minum sekurang-kurangnya 4 liter air sehari.
  • Sperma, mengandungi 15 juta sperma per mililiter air mani.
Apa yang perlu isteri ada ialah, ilmu dalam masakan. Si isteri perlu memiliki pengetahuan dalam bahan-bahan penyediaan makanan. Dengan mengetahui sumber karbohidrat, protein dan lemak yang terdapat dalam bahan masakan, maka senanglah isteri untuk menyediakan makanan yang terbaik.
  • Karbohidrat - nasi, mee, roti, jagung, ubi
  • Protein - susu, ayam, daging lembu, sayuran, buah-buahan
  • Lemak - minyak masak, keju
Bagaimana cinta terukir menerusi masakan:
  • Pujukan - suami mesti berilmu dalam memujuk isteri. Mengungkapkan kata-kata rindu, sayang dan cinta ke telinga isteri dapat memberi kekuatan kepada isteri. Tambahan pula jika isteri mempunyai kerjaya lain.
  • Bersedia - walaupun penat, jika suami pandai memberi semangat kepada isteri. Maka, isteri tetap bersedia untuk menyediakan makanan yang istimewa untuk keluarga, khasnya suami tercinta.
  • Membantu - suami membantu isteri dalam menyediakan hidangan. Seperti, mengemas pinggan mangkuk selepas makan bersama-sama. Dalam masa yang sama, isteri dapat menguruskan hal anak-anak.

Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda, Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri ku.” [1621] Sahih Ibnu Majah

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” [1162] Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi
  • Menjemput - isteri juga perlu berilmu dalam menjaga hati suami. Jemputlah suami makan dengan penuh kasih yang. Berkongsi dengan suami jenis masakan yang disediakan, seandainya terdapat makanan laut dalam hidangan..."bang, sotong mengandungi zinc. Zinc penting tau dalam menghasilkan air mani"... Jika ini yang diungkapkan. Usahkan pelayan siam, Siti Nurhaliza jual pisang goreng pun si suami tak heran!
  • Menyemai kasih sayang Allah dalam keluarga, selamilah betapa sayangnya Allah pada kita. Betapa kita menyangi anak-anak kita. Tetapi kasih sayang Allah melebihi dari segala-galanya.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:


"Setelah seseorang itu tercatat namanya di Syurga dan dia tidak berupaya mencapainya melalui ibadah, maka Allah SWT mendatangkan ujian yang dengannya dia bersabar maka kekallah namanya sebagai ahli Syurga." (Riwayat At Tabrani)




Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Set cinta dari Shaklee:

Suami -

Untuk lebih mantap, menambah keselesaan kepada hubungan intim. Tambah CoqHealth Tablet. Membantu menambah ketahanan ketika hubungan suami isteri dan menghilangkan kesan tercungap-cungap selepas klimaks.
Harga

  1. OmegaGuard - RM 136.00 
  2. Zinc Complex - RM 33.75
  3. Vitamin E - RM 149.00
  4. CoqHealth - RM 124.00


Isteri -



Harga:

  1. Vivix - RM 475.00
  2. Ostematrix - RM 61.00
  3. GLA Complex - RM 91.25
  4. OmegaGuard - RM 136.00
################################################################################
Pembayaran



Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com) mengenai bukti pembayaran. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.


·         CIMB : 030 100 914 265 22

·         MAYBANK : 11 013 506 4063

·         BSN : 03 104 29 000 00 333 65

·   

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rujukan:
  1. http://www.islamituindah.my/makan-cara-sihat-ikut-sunnah-nabi
  2. http://www.hmetro.com.my/articles/10makananterbaikNabi/Article
  3. http://www.surah.my/13
  4. http://khairazahra.wordpress.com/2012/06/30/bismillah-dan-kelebihannya/
  5. http://bm.harakahdaily.net/index.php/sihat/27449-corak-pemakanan-beri-kesan-kepada-obesiti
  6. http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2011/03/mencintai-isteri.html
  7. http://www.addeen.my/portal/index.php/rohani/hadis/item/237-kasih-sayang-allah-bagaimana-mengukurnya
  8. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3700.0
  9. http://sususejat.com/ini-barulah-makanan-seimbang/
  10. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sediakanmakanansihat/Article/index_html
  11. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Utamakanmakanansihat/Article/index_html
  12. http://jeryfamily.blogspot.com/2013/03/makanan-yang-menghasilkan-rambut-yang.html
  13. http://www.hmetro.com.my/articles/Puncamasalahkesuburanlelaki/MA/Article
  14. http://kesihatan.biz/blog/wp-content/uploads/2011/02/piramid_makanan.png

Wednesday, April 23, 2014

ISTERI KU TERSENYUM PUAS...



Kisah keluarga Adam dan Nora (bukan nama sebenar dan tidak berkaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia).

....selepas sebulan anak sulung Adam yang berusia 4 tahun selamat menjalani rawatan kerana jangkitan paru-paru,doktor telah mengesahkan anaknya kembali pulih seperti sedia kala. Dan dalam masa sebulan  juga Adam telah tidak merokok, malah perasaan bencinya pada rokok sangat menebal sehingga menitis air matanya apabila terkenangkan saat-saat dia ketagih dengan rokok. Anak sulungnya mendapat penyakit jangkitan paru-paru kerana sering terhisap asap rokok hasil dari hembusan rokok ayahnya. 

Selepas mereka sekeluarga diuji Allah swt, 

Adam berjaya mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan bertindak dengan tepat. Iaitu berhenti merokok dan kembali ke jalan yang benar.

Selepas mendapat khabar gembira dari doktor yang mengesahkan kesihatan anaknya, Adam melihat tepat ke dalam mata isterinya. Dia melihat isterinya menitiskan air mata dalam keadaan tersenyum. Adam berkata dalam hatinya. Terima kasih ya Allah, pertama kali aku melihat isteri ku tersenyum puas....


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

KENAPA PEROKOK KETAGIH DENGAN ROKOK?

Permulaan menghisap rokok adalah kerana kawan, ingin bergaya, terpengaruh dengan bapa dan ingin bergaul dengan orang dewasa yang merokok. Apabila terlalu kerap merokok, struktur DNA seorang perokok telah tercemar dengan Nikotin. Nikotin yang mencemari DNA inilah yang menyebabkan seorang perokok amat sukar untuk berhenti merokok.

Bagaimana perokok yang berazam untuk berhenti merokok dapat memulihkan DNA yang tercemar dengan Nikotin? Saya akan huraikan pada penghujung artikel ini nanti.


KESAN YANG BAKAL DIPEROLEHI PEROKOK.

Tidak pernah kita dengar "merokok melengkapkan kehidupan anda" atau "merokoklah, kerana ianya menambah kejantanan anda". Kesan buruk merokok boleh dilihat pada diri seorang perokok atau kepada orang di sekeliling mereka yang terpaksa menghirup asap rokok (perokok pasif):

  1. Kesan ketara ialah hilang keberkatan hidup. Kerana merokok haram di sisi Islam. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke 37 memutuskan bahawa merokok hukumnya haram menurut pandangan Islam.
  2. Asap rokok mengancam kanak-kanak. Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
  3. Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk! Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin. Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin. Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk dan kualiti sperma juga terganggu.
  4. Hubungan Seks Anda Akan Terganggu! Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita. Ia membantu kita menikmati perkahwinan yang indah. Tiada siapapun suka dengan nafas seorang perokok. Keghairahan seorang isteri akan terganggu dek kerana nafas yang busuk dan gigi yang berkarat.
  5. Merokok Mengakibatkan Strok! Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan    10 –12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar. Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE UNTUK MEREKA YANG BERAZAM BERHENTI MEROKOK.

Kenapa ramai yang gagal untuk berhenti merokok?

Kegagalan ini berpunca kerana iman lemah yang tidak dapat melawan hawa nafsu untuk merokok. Selain itu, nikotin yang mencemari DNA seseorang perokok menjadikannya resah gelisah apabila tidak dapat merokok.

Vivix Shaklee, kebolehannya memperbaiki sel-sel yang rosak telah dibuktikan menerusi ujian klinikal. Vivix boleh di ibaratkan sebagai terapi untuk berhenti merokok. Vivix mampu menyingkirkan nikotin dalam DNA yang rosak. Kesannya, perokok akan merasai rasa pahit dan busuk pabila merokok dan juga ketidak selesaan serta rasa sesak.



Dalam kebanyakkan testimoni pengguna Vivix yang telah berjaya, mereka pasti akan menyatakan bahawa merokok berasa pahit. Inilah dia kesan dari DNA perokok yang sudah pulih dari pencemaran nikotin.

Berbaloikah membeli Vivix Shaklee untuk dijadikan terapi dalam berhenti dari merokok. Harga sebotol Vivix untuk 150ml ialah RM 475.00. Hanya sesudu teh sehari dan mampu memenuhi keperluan untuk seorang selama sebulan lebih.

Selain Vivix dijadikan terapi dalam menyembuhkan ketagihan rokok, ia juga mampu membantu mengawal tekanan darah untuk kekal normal. Kebaikkan lain yang akan diperolehi oleh anda yang mengamalkannya ialah:

1. Menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat
2. Bantu dalam menghalang kanser
3. Kurangkan risiko jantung
4. Kurangkan komplilasi dalam pesakit diabetes
5. Menyokong kesihatan sendi
6. Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
7. Bantu kurangkan berat badan
8. Tingkatkan sistem imum
9. Tingkatkan kesihatan mata
10. Menyokong kesihatan menyeluruh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HARGA SEBOTOL VIVIX RM 475.00

Pembayaran

Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com) mengenai bukti pembayaran. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.


·         CIMB : 030 100 914 265 22

·         MAYBANK : 11 013 506 4063

·         BSN : 03 104 29 000 00 333 65

·         BANK RAKYAT : 032 693 6880

·         KFH : 009 102 005 357


RUJUKAN:

  1. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Bahaya%20Merokok.php
  2. http://taknak.myhealth.gov.my/index.php/en/kesan-merokok/ekonomi/merokok-merugikan-negara
  3. http://nauratulhidayah2.blogspot.com/2012/05/ujian-dugaan-tanda-kasih-sayang-allah.html
  4. http://ping.busuk.org/v/253389/kenaikan-harga-rokok-naik-pada-30-september-2013-dunhill-rm12-00-sekotak.html
  5. http://vitaminkemahkeming.blogspot.com/2013/11/apa-itu-vivix.html

Monday, April 21, 2014

PENCEGAHAN PENYAKIT HATI BERLEMAK ATAU FATTY LIVER



ADAKAH BADAN KITA MENGGAMBARKAN KITA PENGHIDAP HATI BERLEMAK?
Gambar dari Utusan Malaysia

FAKTA

MENGIKUT laporan Yayasan Hati Malaysia (MLF) tahun lalu (2011), dianggarkan 2.5 juta penduduk di negara ini menderita penyakit hepatitis kronik dan jumlah itu tidak termasuk penyakit hati serius seperti jaundis serta sirosis hati (parut pada hati) akibat pengambilan alkohol.

Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa hati berlemak di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar hati berlemak di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Linkungan umur pesakit hati berlemak adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.



PENGENALAN

Hati berlemak atau "fatty liver" adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Hati berlemak merupakan satu spektrum penyakit hati:
  • Pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
  • Dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan 
  • Juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
  • Akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh ditakrifkan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati yang berpunca dari pelbagai sebab. Antaranya fatty liver dan seterusnya boleh memyebabkan: 
  • Pengurangan fungsi hati dan 
  • Kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mempunyai fatty liver telah dikenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah seperti:
  • obesiti, 
  • diabetes mellitus, 
  • darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) 
  • atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`.

Walaubagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

CIRI-CIRI PENGHIDAP PENYAKIT HATI BERLEMAK

Kebanyakan pesakit yang mengidap hati berlemak tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun, berikut adalah tanda-tanda yang boleh diambil berat untuk tindakan awal sebagai langkah pencegahan:
  • Letih 
  • Kurang selesa pada bahagian abdomen – di rusuk kanan 
  • Pembesaran hati (hepatomegaly) 
  • Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.

Pada kebiasaannya pesakit yang mempunyai risiko untuk mengidap hati berlemak seperti obesiti, diabetes akan dikesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi. Seterusnya ujian skan abdomen akan mengesahkan kewujudan hati berlemak. Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin di jalankan untuk memastikan kewujudan penyakit ini dan tahap penyakit tersebut.

Semak sendiri hati kita sihat atau tidak:




RISIKO LAIN  

Pesakit yang mengidap hati berlemak pada jangka panjang boleh mendapat sirosis seperti pesakit sakit hati kronik yang lain. Pesakit yang mengidap sirosis boleh mendapat gejala ascites (pengumpulan cecair di bahagian abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan oleh kegagalan fungsi hati). Pesakit yang sudah mengidap sirosis juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mengidap penyakit-penyakit yang mempunyai risiko untuk hati berlemak seperti diabetes, darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan doktor masing-masing kerana hati berlemak adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal. Pencegahan awal akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami komplikasi yang disenaraikan di atas.

RAWATAN

Pesakit yang mengidap hati berlemak boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang. Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti: 
  • kawalan diabetes yang baik, 
  • pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, 
  • penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan 
  • pengurangan berat badan pada mereka yang obesiti. 
Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada para pesakit dan senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati.. Amalan hidup sihat hendaklah ditekankan. Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit fatty liver pada seseorang pesakit. Pelbagai jenis ubatan telah di uji namun hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan.

PESANAN

Berhati-hati jika berat badan turun secara mendadak, kerana ianya boleh mewujudkan masalah hati berlemak. Pastikan penurunan berat badan dilakukan secara berperingkat-peringkat untuk mengelakkan daripada turunnya berat badan secara mendadak.

PENCEGAHAN MASALAH HATI DENGAN SHAKLEE

HARGA:
  1. Vivix RM 475.00
  2. Nutriferon RM 181.25
  3. DTX Complex RM 155.00
  4. Vitamin C SR RM 92.50
  5. Alfalfa Complex RM 53.75
Pembayaran

Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com) mengenai bukti pembayaran. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.


·         CIMB : 030 100 914 265 22

·         MAYBANK : 11 013 506 4063

·         BSN : 03 104 29 000 00 333 65

·         BANK RAKYAT : 032 693 6880

·         KFH : 009 102 005 357


Rujukan: 
  1. http://www.tipspengetahuan.com/10-tips-menjaga-kesehatan-hati-kesehatan-164.html
  2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2009&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm
  3. http://www.hmetro.com.my/articles/Toksikpuncapenyakithati/Article/
  4. http://htapah.moh.gov.my/v2/index.php/panduan-kesihatan/49-cegah-masalah-hati
  5. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pembunuhsenyap/Article
  6. http://www.myhealth.gov.my/index.php/hati-berlemak
  7. http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120715/kn_03/Pembunuh-senyap

Monday, April 14, 2014

Gemuk Yang Berisiko



Fakta
  • 8.5 juta rakyat Malaysia mengalami masalah gemuk. Seorang daripada tiga orang penduduk negara Malaysia mengalami masalah ini. 
  • 15% daipada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan.
  • Rakyat Malaysia menduduki kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti.
  • Kajian yang dilakukan pada tahun 2002 dan 2003 mendapati, golongan dewasa di negara ini mengambil 51gram gula berbanding 50gram yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Siapakah Yang Boleh Di Anggap Obesiti

Seseorang itu dianggap sebagai obesiti apabila BMI melebihi 31. BMI ialah "body mass index" yang bermaksud indek jisim badan. Ianya dikira berdasarkan berat dan tinggi. 




Penyebab Kepada Obesiti

Obesiti terjadi apabila ukuran berat badan seseorang tinggi. Terlalu banyak faktor yang menjadi penyumbang kepada berat badan berlebihan. Takdir! "Memang takdir aku gemuk". "Aku redha dengan ketentuan Allah". Seandainya inilah sikap orang yang obesiti. Maka berbetulkan, kita wajib berusaha untuk mengurangkan berat badan. Bagaimana caranya? Nanti saya ceritakan di bawah tajuk pencegahan.

Berdasarkan "National Heart Lung and Blood Institute", ada 10 sebab mengapa badan gemuk.
  1. Tenaga yang tidak seimbang dalam badan. Dalam bahasa mudah, makanan yang kita makan ditukarkan kepada tenaga. Disebabkan kita kurang bekerja atau kurang melakukan pergerakan yang menyihatkan, maka tenaga terhasil tersimpan dalam badan. Dalam jangka masa tertentu, tenaga tersebut menjadi lemak tepu yang berbahaya.
  2. Gaya hidup yang kurang aktif. Gaya hidup begini merupakan gaya hidup yang tidak sihat. Mengikut kajian, menonton telivisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan.
  3. Faktor yang ke tiga adalah keturunan. Daripada moyang, nenek, ayah dan diri sendiri. Semua berisi dan gemuk. Walaupun keturunan gemuk. Adakah salah jika kita berusaha untuk kurus? Semestinya Allah akan menguruskan kita apabila kita berikhtiar, berdoa dan bertawakal.
  4. Kesihatan juga memainkan peranan kepada kegemukan. Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome. Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda. 
  5. Ubat - ubatan. Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
  6. Faktor emosi. Ada di antara kita akan makan dengan banyak apabila mengalami tekanan. Selain itu, emosi yang dikuasai nafsu makan. Lihat sahaja semasa berkursus yang ditaja oleh jabatan. Ramai peserta kursus makan dengan berlebihan. Rugi katanya jika makan sikit. Hmmmmm... kita sendiri bagaimana?
  7. Merokok. Mengikut kajian, merokok dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh. Apabila seseorang berhenti merokok, berat badan bertambah. Walaubagaimanapun, janganlah kita mengambil kesempatan untuk merokok. Kerana bahaya merokok lebih teruk, bahaya kepada diri, orang terdekat dan wang ringgit. 
  8. Umur. Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
  9. Mengandung. Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan dalam kalangan wanita. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan. Sebab itu ramai wanita mengandung mempunyai selera makan yang tinggi.
  10. Kurang tidur. Apabila kita tidur lewat, perasaan ingin makan mesti membuak-buak. Kalau tak percaya, malam ni cuba tidur lewat dari kebiasaan. 


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telahmemutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Pencegahan

Kunci utama untuk mengekalkan berat badan yang ideal ialah dengan mengawal makan. Pastikan kita mempunyai disiplin yang tinggi. Ini kerana, makan mudah dipengaruhi oleh nafsu. Tambahan pula jika mendapat makanan percuma. 

Gaya hidup juga memainkan peranan dalam menjaga berat badan. Seandainya kita sibuk dan tiada masa untuk bersenam. Kita perlu melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Seperti pergi ke kedai yang berhampiran dengan rumah dengan berjalan kaki. Bermain dengan anak-anak di rumah. Menolong pasangan melakukan aktiviti seperti menyapu sampah dan melipat kain.

Mengharapkan pertolongan dari Allah. Tiada upaya kita sebagai makhluk untuk menjaga berat badan tanpa izin dari Allah. Kekuatan emosi, kekuatan mental, semuanya datang dari Allah. Oleh itu, mohonlah....berdoalah, Jangan kita serah bulat-bulat kepada takdir. Kerana bukan itu yang Rasulullah didik kita. Apabila terdetik dalam hati kita untuk melakukan sesuatu yang baik. Dalam kes ini, menjaga berat badan. Jika berat lidah untuk kita ucap, ucapkanlah dalam hati. "Ya Allah, sesungguhnya aku tiada upaya untuk melakukan sesuatu, tolonglah aku ya Allah, supaya aku mampu berusaha"..

Berat Badan Ideal Dengan Shaklee

Usaha yang seterusnya ialah dengan mengambil pemakan yang sihat, berkualiti, terjamin dan dipercayai. Sebagai pengguna dan pengedar Shaklee, sudah tentu saya mengesyorkan Shaklee. Set pelangsingan badan terdiri daripada Alfalfa, Lecithin, dan Cinch Shake. 

Seandainya anda kurang berkemampuan, Memadai dengan Alfalfa dan Lecithin sahaja. Tapi ingat, anda mesti mengawal nafsu makan, mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bertawakal kepada Allah.



Harga

  • Alfalfa, botol kecil (330 biji) RM 53.75
  • Lecithin ( 180 biji) RM 52.50
  • Cinch Shake (765 gram setin) RM 173.00
Pembayaran


Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com) mengenai bukti pembayaran. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.


·         CIMB : 030 100 914 265 22

·         MAYBANK : 11 013 506 4063

·         BSN : 03 104 29 000 00 333 65

·         BANK RAKYAT : 032 693 6880

·         KFH : 009 102 005 357

Rujukan
  1. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130908/dn_06/85-juta-rakyat-Malaysia-gemuk 
  2. http://www.hmetro.com.my/articles/16_8jrakyatobesiti/Article
  3. http://www.bharian.com.my/articles/Malaysiatertinggimasalahobesiti/Article/
  4. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/11/17/obesiti-kini-masalah-besar-di-malaysia/
  5. http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/obe/causes.html
  6. http://online.mdpekan.gov.my/online/esumber/kesihatan/bmi.pdf
  7. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam