Monday, April 21, 2014

PENCEGAHAN PENYAKIT HATI BERLEMAK ATAU FATTY LIVER



ADAKAH BADAN KITA MENGGAMBARKAN KITA PENGHIDAP HATI BERLEMAK?
Gambar dari Utusan Malaysia

FAKTA

MENGIKUT laporan Yayasan Hati Malaysia (MLF) tahun lalu (2011), dianggarkan 2.5 juta penduduk di negara ini menderita penyakit hepatitis kronik dan jumlah itu tidak termasuk penyakit hati serius seperti jaundis serta sirosis hati (parut pada hati) akibat pengambilan alkohol.

Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa hati berlemak di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar hati berlemak di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Linkungan umur pesakit hati berlemak adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.



PENGENALAN

Hati berlemak atau "fatty liver" adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Hati berlemak merupakan satu spektrum penyakit hati:
  • Pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
  • Dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan 
  • Juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
  • Akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh ditakrifkan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati yang berpunca dari pelbagai sebab. Antaranya fatty liver dan seterusnya boleh memyebabkan: 
  • Pengurangan fungsi hati dan 
  • Kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mempunyai fatty liver telah dikenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah seperti:
  • obesiti, 
  • diabetes mellitus, 
  • darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) 
  • atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`.

Walaubagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

CIRI-CIRI PENGHIDAP PENYAKIT HATI BERLEMAK

Kebanyakan pesakit yang mengidap hati berlemak tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun, berikut adalah tanda-tanda yang boleh diambil berat untuk tindakan awal sebagai langkah pencegahan:
  • Letih 
  • Kurang selesa pada bahagian abdomen – di rusuk kanan 
  • Pembesaran hati (hepatomegaly) 
  • Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.

Pada kebiasaannya pesakit yang mempunyai risiko untuk mengidap hati berlemak seperti obesiti, diabetes akan dikesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi. Seterusnya ujian skan abdomen akan mengesahkan kewujudan hati berlemak. Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin di jalankan untuk memastikan kewujudan penyakit ini dan tahap penyakit tersebut.

Semak sendiri hati kita sihat atau tidak:




RISIKO LAIN  

Pesakit yang mengidap hati berlemak pada jangka panjang boleh mendapat sirosis seperti pesakit sakit hati kronik yang lain. Pesakit yang mengidap sirosis boleh mendapat gejala ascites (pengumpulan cecair di bahagian abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan oleh kegagalan fungsi hati). Pesakit yang sudah mengidap sirosis juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mengidap penyakit-penyakit yang mempunyai risiko untuk hati berlemak seperti diabetes, darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan doktor masing-masing kerana hati berlemak adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal. Pencegahan awal akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami komplikasi yang disenaraikan di atas.

RAWATAN

Pesakit yang mengidap hati berlemak boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang. Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti: 
  • kawalan diabetes yang baik, 
  • pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, 
  • penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan 
  • pengurangan berat badan pada mereka yang obesiti. 
Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada para pesakit dan senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati.. Amalan hidup sihat hendaklah ditekankan. Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit fatty liver pada seseorang pesakit. Pelbagai jenis ubatan telah di uji namun hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan.

PESANAN

Berhati-hati jika berat badan turun secara mendadak, kerana ianya boleh mewujudkan masalah hati berlemak. Pastikan penurunan berat badan dilakukan secara berperingkat-peringkat untuk mengelakkan daripada turunnya berat badan secara mendadak.

PENCEGAHAN MASALAH HATI DENGAN SHAKLEE

HARGA:
  1. Vivix RM 475.00
  2. Nutriferon RM 181.25
  3. DTX Complex RM 155.00
  4. Vitamin C SR RM 92.50
  5. Alfalfa Complex RM 53.75
Pembayaran

Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com) mengenai bukti pembayaran. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.


·         CIMB : 030 100 914 265 22

·         MAYBANK : 11 013 506 4063

·         BSN : 03 104 29 000 00 333 65

·         BANK RAKYAT : 032 693 6880

·         KFH : 009 102 005 357


Rujukan: 
  1. http://www.tipspengetahuan.com/10-tips-menjaga-kesehatan-hati-kesehatan-164.html
  2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2009&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm
  3. http://www.hmetro.com.my/articles/Toksikpuncapenyakithati/Article/
  4. http://htapah.moh.gov.my/v2/index.php/panduan-kesihatan/49-cegah-masalah-hati
  5. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pembunuhsenyap/Article
  6. http://www.myhealth.gov.my/index.php/hati-berlemak
  7. http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120715/kn_03/Pembunuh-senyap

2 comments:

fatimah said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Ubat sakit hati

Affan AL. HA. said...

Sama2 .jaga makan, jaga emosi.