Monday, April 28, 2014

Masakan Cinta Untuk Suami



Masakan Cinta Untuk Suami

Setiap orang melihat makanan dalam pelbagai pandangan. Ada yang melihatnya sebagai makanan untuk mengenyangkan perut, ada juga melihatnya sebagai alat untuk menunjukkan kemewahan. Bagi saya, makanan dan penyediaannya merupakan satu seni yang sangat halus. Jika kasar dan tiada kesungguhan dalam menyediakannya, maka buruklah hasilnya. 

Kunci utama untuk menjadikan masakan yang dihasilkan terbaik dan berkualiti, ialah dengan dimulai dengan hati yang ikhlas. Ikhlas ini datang menerusi latihan rohani. Iaitu dengan berselawat, bertasbih, berzikir, dalam kehidupan kita seharian.


Mulailah memasak itu dengan lafaz bismillah. Bismillah adalah doa mudah yang ampuh, berkesan dan membawa keberkatan. 

Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud: ” Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. ” 

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
 “Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat  dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, kekal cergas, bertenaga dan perkasa merupakan satu tuntutan yang amat penting. Hidangan sempurna yang dimasak oleh seorang isteri dapat memenuhi tuntutan tersebut. Masakan yang bagaimanakah yang perlu disediakan untuk suami tercinta supaya keperluan nutrisi, keperluan tenaga, keperluan kesihatan dapat dilengkapkan dalam satu hidangan.

Fakta:
  • Minum air yang banyak dapat meningkatkan kuantiti air mani lelaki. Anda perlu minum sekurang-kurangnya 4 liter air sehari.
  • Sperma, mengandungi 15 juta sperma per mililiter air mani.
Apa yang perlu isteri ada ialah, ilmu dalam masakan. Si isteri perlu memiliki pengetahuan dalam bahan-bahan penyediaan makanan. Dengan mengetahui sumber karbohidrat, protein dan lemak yang terdapat dalam bahan masakan, maka senanglah isteri untuk menyediakan makanan yang terbaik.
  • Karbohidrat - nasi, mee, roti, jagung, ubi
  • Protein - susu, ayam, daging lembu, sayuran, buah-buahan
  • Lemak - minyak masak, keju
Bagaimana cinta terukir menerusi masakan:
  • Pujukan - suami mesti berilmu dalam memujuk isteri. Mengungkapkan kata-kata rindu, sayang dan cinta ke telinga isteri dapat memberi kekuatan kepada isteri. Tambahan pula jika isteri mempunyai kerjaya lain.
  • Bersedia - walaupun penat, jika suami pandai memberi semangat kepada isteri. Maka, isteri tetap bersedia untuk menyediakan makanan yang istimewa untuk keluarga, khasnya suami tercinta.
  • Membantu - suami membantu isteri dalam menyediakan hidangan. Seperti, mengemas pinggan mangkuk selepas makan bersama-sama. Dalam masa yang sama, isteri dapat menguruskan hal anak-anak.

Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda, Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri ku.” [1621] Sahih Ibnu Majah

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” [1162] Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi
  • Menjemput - isteri juga perlu berilmu dalam menjaga hati suami. Jemputlah suami makan dengan penuh kasih yang. Berkongsi dengan suami jenis masakan yang disediakan, seandainya terdapat makanan laut dalam hidangan..."bang, sotong mengandungi zinc. Zinc penting tau dalam menghasilkan air mani"... Jika ini yang diungkapkan. Usahkan pelayan siam, Siti Nurhaliza jual pisang goreng pun si suami tak heran!
  • Menyemai kasih sayang Allah dalam keluarga, selamilah betapa sayangnya Allah pada kita. Betapa kita menyangi anak-anak kita. Tetapi kasih sayang Allah melebihi dari segala-galanya.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:


"Setelah seseorang itu tercatat namanya di Syurga dan dia tidak berupaya mencapainya melalui ibadah, maka Allah SWT mendatangkan ujian yang dengannya dia bersabar maka kekallah namanya sebagai ahli Syurga." (Riwayat At Tabrani)




Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Set cinta dari Shaklee:

Suami -

Untuk lebih mantap, menambah keselesaan kepada hubungan intim. Tambah CoqHealth Tablet. Membantu menambah ketahanan ketika hubungan suami isteri dan menghilangkan kesan tercungap-cungap selepas klimaks.
Harga

  1. OmegaGuard - RM 136.00 
  2. Zinc Complex - RM 33.75
  3. Vitamin E - RM 149.00
  4. CoqHealth - RM 124.00


Isteri -



Harga:

  1. Vivix - RM 475.00
  2. Ostematrix - RM 61.00
  3. GLA Complex - RM 91.25
  4. OmegaGuard - RM 136.00
################################################################################
Pembayaran



Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com) mengenai bukti pembayaran. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.


·         CIMB : 030 100 914 265 22

·         MAYBANK : 11 013 506 4063

·         BSN : 03 104 29 000 00 333 65

·   

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rujukan:
  1. http://www.islamituindah.my/makan-cara-sihat-ikut-sunnah-nabi
  2. http://www.hmetro.com.my/articles/10makananterbaikNabi/Article
  3. http://www.surah.my/13
  4. http://khairazahra.wordpress.com/2012/06/30/bismillah-dan-kelebihannya/
  5. http://bm.harakahdaily.net/index.php/sihat/27449-corak-pemakanan-beri-kesan-kepada-obesiti
  6. http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2011/03/mencintai-isteri.html
  7. http://www.addeen.my/portal/index.php/rohani/hadis/item/237-kasih-sayang-allah-bagaimana-mengukurnya
  8. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3700.0
  9. http://sususejat.com/ini-barulah-makanan-seimbang/
  10. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sediakanmakanansihat/Article/index_html
  11. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Utamakanmakanansihat/Article/index_html
  12. http://jeryfamily.blogspot.com/2013/03/makanan-yang-menghasilkan-rambut-yang.html
  13. http://www.hmetro.com.my/articles/Puncamasalahkesuburanlelaki/MA/Article
  14. http://kesihatan.biz/blog/wp-content/uploads/2011/02/piramid_makanan.png

No comments: