Monday, March 17, 2014

Kecergasan Tanpa Batasan













Kecergasan membawa erti kepada kita semua. Lelaki atau perempuan, suami atau isteri, pekerja atau peneroka, pemain bola sepak atau karate. Semuanya menginginkan badan yang cergas. Badan yang cergas memberi impak kepada produktiviti. Inilah yang menjadi perhatian dalam zaman moden yang serba pantas ini.

Pastinya Allah swt lah yang menentukan kecergasan dalam diri kita. Namun begitu, adakah kita tidak perlu berusaha apa-apa untuk mencergaskan diri kita? Sudah pasti kita tidak boleh berpeluk tubuh dengan mengharapkan pemberian Allah semata-mata. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jika salah seorang antara kamu mengambil tali kemudian pergi ke gunung, lalu kembali dengan seikat kayu di belakangnya, lalu menjualnya, Allah akan menjaga maruahnya, itu adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang ramai sama ada diberi ataupun tidak." (Hadis riwayat al-Bukhari)


Apa yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan kecergasan dalam mengharungi liku-liku hidup di masa ini. Penyelesaian yang boleh dibuat ialah dengan menjaga pemakanan kita sehari-hari. Ini kerana pemakanan yang sihat dan berkualiti akan membekalkan kita tenaga yang badan perlukan. Apa yang pasti, majoriti daripada kita tidak mempedulikan soal pemakanan yang sihat. 

Apa yang kita mesti tahu mengenai pemakanan yang sihat:
  • Makan dengan orang yang tersayang seperti isteri dan anak-anak,
  • Sumber makanan yang membekalkan tenaga seperti gandum, ubi dan nasi.
  • Sumber makanan untuk membina badan seperti otot dan tulang. Ianya boleh di perolehi dengan memakan ikan, telur, daging, jagung dan kekacang seperti kacang soya.
  • Makanan untuk mengelakkan dari penyakit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  

Adakah kita mengambil berat terhadap nutrisi dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh kita? Jika kita berkata ya. Adakah kita pasti penyediaan makanan yang kita makan itu dapat mengekalkan sumber-sumber protein, mineral dan vitamin dalam makanan tersebut?

Tentu sekali kita berasa sukar untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk menjaga pemakanan kita. Apa yang boleh kita usahakan jika kita tidak mampu mendapatkan makanan yang sihat dan berkualiti?

Tentu sekali dengan mengambil suplimen. 

Persoalannya..

Suplimen apakah yang terbaik dan berkualiti, saya pasti mengesyorkan Shaklee. Vita-Lea Iron Formula dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.



RUJUKAN:
  1. http://anizyn.blogspot.com/2011/12/umat-islam-perlu-gigih-berusaha.html
  2. http://www.jpapencen.gov.my/komponen_pemakanan.html

No comments: