Wednesday, March 19, 2014

Suplimen Untuk Pesakit Gout


Peringatan:

Walaupun sifat semula jadi sesuatu bahan/makhluk yang telah dikaji dan disahkan mengenai sifat-sifatnya. 
Kita umat Islam wajib berpegang kepada kepercayaan dan kekuasaan Allah swt bahawa tidak mustahil perkara pelik (yang bertentangan dengan sifat semula jadi) akan berlaku. 
Sebagai contoh, jika sekeping kertas kering diletakkan di atas api yang marak, mesti kertas itu akan hangus terbakar kerana sifat api yang membakar. 
Tetapi, tidak mustahil kertas itu tidak terbakar jika Allah swt menghendakinya.

Pengenalan

Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Urik asid ini menghasilkan kristal urik asid (monosodium urate) yang akan termendap di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi. Kesannya sendi menjadi sakit kerana keradangan yang berpunca dari mendapan kristal urik asid tersebut.

Kenapa Urik Asid Berlebihan

Faktor utama urik asid berlebihan dalam badan adalah keturunan. Ujian darah dapat menentukan kandungan urik asid dalam badan. Paras normal urik asid bagi lelaki dewasa sebaiknya di bawah 300umol/l manakala bagi perempuan dewasa adalah di bawah 250umol/l.

Seandainya kita dari keturunan yang mempunyai sejarah penyakit gout atau batu karang. Kita mungkin mempunyai kandungan urik asid yang berlebihan. Untuk mengelakkan dari kandungan urik asid bertambah dalam badan, elakkan dari makanan berikut:

  • ikan bilis
  • jantung
  • hati
  • daging
  • ikan sardin
  • telur ikan
  • otak
  • kepah 
  • makanan laut
  • kekacang
  • cendawan
  • bayam 
  • bunga kubis
  • kacang dal 

Selain itu juga, adalah dinasihatkan untuk pesakit mengurangkan makanan yang tinggi protein, kurangkan pengambilan makanan berlemak, bersenam untuk mengurangkan berat badan, hindari minuman beralkohol dan minum air masak dalam kuantiti yang banyak.


Rawatan

Kaedah terbaik dalam merawat gout ialah dengan mengamalkan diet yang sihat. Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan protein. Menjaga berat badan agar tidak berlebihan dan minum air masak dengan banyak.


Jika pesakit mendapat rawatan di klinik, kebanyakkan pesakit gout akan diberi ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren. Ubat ini diambil bersama-sama colchicine. Colchicine perlu diambil setiap 3 jam sehingga sakit berkurang.

Allopurinol (zyloric) adalah sejenis ubat untuk mengurangkan kadar urik asid di dalam badan. Ia mengurangkan kadar penukaran purin kepada urik asid dan dapat mengurangkan risiko untuk terkena gout. Perlu diambil perhatian jika ingin menggunakan ubat ini. Iaitu ianya tidak boleh diambil ketika mengalami serangan gout. Jika Allopurinol diambil semasa kesakitan akibat gout, maka kesakitan boleh bertambah teruk.

Selepas memakan ubat tahan sakit dan anda sudah tidak merasa sakit. Maka pesakit boleh memulakan untuk mengambil Allopurinol.

Semua ubat ini perlu mendapat preskripsi doktor. 

Bagaimana Shaklee Membantu

Sebagaimana diketahui umum, Shaklee adalah syarikat suplimen nombor 1 di USA. Tentu sekali ada suplimen yang boleh membantu pesakit gout untuk mencuba alternatif lain selain dari mengambil ubat penahan sakit dan Allopurinol.

Alfalfa Complex - Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Ianya dapat mengurangkan toksin dan menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak utk melancarkan proses detoks ini.

OmegaGuard - Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk . Omega penting untuk mengelakkan keradangan pada sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak menjadi lebih teruk. Ianya kaya dengan DHA dan EPA yang mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Ianya juga membantu mengurangkan paras kolestrol dan membantu mengawal tekanan darah.

Performance drink- Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan urik asid. Ianya juga membantu untuk kekal dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Harga
  1. Alfalfa botol kecil (330 biji) RM 57.75. Botol besar (700 biji) RM 97.50
  2. OmegaGuard (90 biji) RM 136.00
  3. Performance drink (539 gram) RM 82.50 setin


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah dan teruskan dengan membuat pembayaran. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com)selepas pembayaran selesai dilakukan. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.


·         CIMB : 030 100 914 265 22

·         MAYBANK : 11 013 506 4063

·         BSN : 03 104 29 000 00 333 65

·         BANK RAKYAT : 032 693 6880

·         KFH : 009 102 005 357

Rujukan

  1. drsendiurat.com/gout
  2. http://vitaminkemahkeming.blogspot.com/2014/03/pencegahan-penyakit-kencing-manis.html
  3. http://jomkitasihat.blogspot.com/p/info-kesihatan.html
  4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Asid_urik
  5. http://drazwan.blogspot.com/2008/08/gout-dan-perawatannya.html
  6. http://beeandyou.blogspot.com/2012/03/kenali-apa-itu-gout-simptom-dan.html

No comments: