Tuesday, March 18, 2014

Pencegahan Penyakit Kencing Manis


Peringatan:

Walaupun sifat semula jadi sesuatu bahan/makhluk yang telah dikaji dan disahkan mengenai sifat-sifatnya. 
Kita umat Islam wajib berpegang kepada kepercayaan dan kekuasaan Allah swt bahawa tidak mustahil perkara pelik (yang bertentangan dengan sifat semula jadi) akan berlaku. 
Sebagai contoh, jika sekeping kertas kering diletakkan di atas api yang marak, mesti kertas itu akan hangus terbakar kerana sifat api yang membakar. 
Tetapi, tidak mustahil kertas itu tidak terbakar jika Allah swt menghendakinya.

Pengenalan.

Penyakit kencing manis ataupun dalam Bahasa Melayu Diabetes melitus dan dalam Bahasa Inggeris  diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. 

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Punca Penyakit Kencing Manis.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 2.6 juta pada 2011 (Rujukan nombor 4) dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun (Rujukan nombor 3). Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Punca atau faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kencing manis ialah:
  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti
  • Keturunan
  • Tahap kolesterol yang tinggi. Adalah dinasihatkan kita membuat pemeriksaan berkala bagi melihat tahap kolesterol dalam badan di klinik berdekatan.
  • Sentiasa mengalami tekanan seperti bebanan tugas, masalah rumah tangga dan sebagainya.
  • Perokok dan mereka yang meminum alkohol.
  • Amalan pemakanan yang tidak sihat. Panduan pemakanan yang sihat
  • Kurang atau tidak melakukan senaman.
  • Tekanan darah tinggi.

Tanda-tanda Awal. 

Bagaimana kita dapat berfikir secara positif seandainya banyak faktor-faktor penyakit kencing manis ini berada dalam diri kita? Caranya ialah dengan meninggalkan segala amalan yang tidak sihat dalam rutin hidup kita. Seperti merokok, malas bersenam, suka dengan makanan segera dan berlemak, kerap minum minuman manis. Apabila kita berjaya mengubah gaya hidup kita, kita perlu berserah pada Allah. Kita perlu yakin dengan Allah swt kerana Allah swt tidak akan sekali-kali menganaiya diri kita.

Untuk mengelakkan kita dari mendapat penyakit kencing manis, kita perlu mengenali tanda-tanda awal penyakit ini supaya kita dapat bertindak pada masa yang betul. Antara tanda-tanda awal kencing manis ialah:
  • Penurunan berat badan secara mendadak.
  • Luka sedikit yang lambat sembuh.
  • Kerap membuang air kecil.
  • Selalu dahaga dan lapar secara luar biasa.
  • Penglihatan menjadi kabur.
  • Kaki dan tangan kerap merasa kebas.
  • Otot menjadi lemah.
  • Mudah dan kerap merasa letih/lesu.
  • Cepat marah dan sukar mengawal emosi.
  • Bagi wanita, bahagian kemaluan berasa gatal

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu.
  • GLA Complex - dapat membantu badan menghalang komplikasi kencing manis. Membantu merendahkan paras gula dalam darah. Pengambilan yang berterusan dapat meringankan kebas dan kesakitan yang disebabkan oleh kandungan gula yang berlebihan.
  • B Complex - Dapat membantu badan menukarkan makanan kepada tenaga. Iaitu lemak, karbohidrat dan protin ditukarkan kepada tenaga.
  • Zinc Complex - Membantu pengeluaran insulin, membantu mengekalkan fungsi insulin.
  • Bagi anda yang sanggup mengeluarkan wang yang lebih demi kesihatan yang optimum. Bolehlah mengambil Vivix. Campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, anggur muscadine, elderberi eropah dan lobak unggu yang kaya dengan polifenol. 

Harga:

  1. B Complex RM 53.75
  2. Gla Complex RM 91.25
  3. Zinc Complex RM 33.75
  4. Vivix RM 475.00
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dunia tanpa sempadan di abad ini membantu kita untuk memiliki sesuatu dengan mudah. Produk Shaklee yang halal lagi berkualiti ini boleh dipos terus ke rumah anda. Anda cuma perlu membuat pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank Mohd Affan Bin Awang Lah. Pilih salah satu bank pilihan anda di bawah dan teruskan dengan membuat pembayaran. Pastikan anda memaklumkan kepada saya melalui sms atau email (013 942 9119 / maalkdk@gmail.com)selepas pembayaran selesai dilakukan. Sertakan butiran pembayaran kepada saya dan juga alamat rumah anda.


·         CIMB : 030 100 914 265 22

·         MAYBANK : 11 013 506 4063

·         BSN : 03 104 29 000 00 333 65

·         BANK RAKYAT : 032 693 6880

·         KFH : 009 102 005 357


==================================================================


Rujukan:

  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_manis
  2. http://catatancalvinnainggolan.blogspot.com/2013/07/rahasia-10-cara-mencegah-diabetes.html
  3. http://kencingmanis1001.blogspot.com/2013/04/kencing-manis-punca-sakit-jantung-darah_17.html
  4. http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130127/kn_05/Merawat-diabetes
  5. http://vitaminkemahkeming.blogspot.com/2014/03/kecergasan-tanpa-batasan.html
  6. http://vitaminkemahkeming.blogspot.com/2013/11/apa-itu-vivix.html

No comments: