Monday, March 3, 2014

Ketenangan Jiwa Memacu Kita Sihat



jiwa yang tenang membawa kita beriman kepada Allah dengan lebih khusyuk dan seronok.

Bagi saya, kunci ketenangan itu terletak pada suruhan dan larangan ALLAH.







APAKAH JIWA YANG TENANG ITU?
al-Muthma’innah atau jiwa yang tenang. Orang yang memiliki jiwa tenang pastinya tiada penyakit hati. Iaitu, dengki, dendam, iri hati, buruk sangka, riak, sombong, angkuh dan seumpamanya. Orang yang jiwanya tenang akan memberi keselesaan kepada orang di sekelilingnya. 

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah s.a.w.. Ia mengeluh, “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut. Makan tak lalu, tidur pun tak lena," kata orang tersebut.

Ibnu Mas’ud menjawab, ”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat :

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat mengabdikan diri kepada Allah.

Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang tersebut. Sampai saja di rumah, segera ia berwudhu kemudian diambilnya al-Qur'an dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, ia segera dapati hatinya memperoleh ketenteraman, dan jiwanya pun tenang. Fikirannya segar kembali, hidupnya terasa tentram kembali. Padahal, ia baru melaksanakan satu dari tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah s.a.w tersebut.

No comments: